Wednesday, June 10, 2015

Kematian pelajar dan guru TKPS

Pada 5 Jun 2015, suatu kejadian gempa bumi berukukan 6.0 magnitud berlaku di gunung Kinabalu,Sabah. Kejadian ini telah terjadi dengan tidak disangka. Banyak mangsa yang terlibat dan ada juga kematian. 10 warga Singapura telah dikorban dalam kejadian ini. Warga Singapura ini dari Sekolah Rendah Tanjong Katong dan mengikuti sekolah untuk perjalanan ini.

Ada guru-guru yang baik hati dan mengambil risiko untuk menyelamatkan pelajar-pelajar. Ada juga orang-orang di Sabah yang menolong mangsa-mangsa seperti seorang yang mengangkat seorang pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong. Ini menunjukkan bahawa dia seorang yang baik. Kami semua mesti berterima kasih atas pertolongan yang diberikan.
 Negera Singapura sangat bersimpati terhadap keluarga-keluarga orang yang telah dikorban. Ada ramai orang yang ke pusat ke Sekolah Rendah Tanjong Katong  untuk menulis perkataan-perkataan bersimpati dan memberi bunga-bunga. Mereka membuat ini untuk meluarkan perasaan simpati. 

No comments:

Post a Comment