Monday, June 29, 2015
Gambar berdasarkan hari pertama
Gambar ini memaparkan suasana di tepi jalan raya. Mungkin hari itu hari sekolah kerana saya boleh melihat pelajar-pelajar memakai baju sekolah mereka. Mereka sedang menlong membersihkan tempat itu dengan mengutip sampah-sampah. Ini aktiviti bagus dan bermanfaat yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar mungkin membuat akitiviti ini secara sukarelawan kerana mereka membershikan tempat dengan aktif dan tidak membuang masa. Aktiviti ini sepatutnya melibatkan orang awam juga dan bukan sahaja pelajar-pelajar. Ini kerana semua orang hendak tempat yang kelihatan bersih dan tidak ada sampah. Kalau orang yang tinggal di situ tidak membuang sampah di mana-mana, tempat itu akan kelihatan bersih tanpa pelajar-pelajar menolong membersihkan tempat itu. Di gambar ini, saya juga boleh lihat kerjasama antara pelajar. Ada yang mengutip sampah dan ada yang memegang plastik untuk membuang sampah. Kerjasama ialah sesuatu nilai yang penting kalau hendak membuat kerja dengan ramai orang. Kerjasama boleh membuat kerja lebih senang dan cepat. Kalau saya seorang daripada pelajar di gambar,saya akan membersihkan tempat secara aktif dan selepas saya membersihkan tempat saya akan rasa bagus kerana tempat itu bersih. Dalam keseluruhannya, pelajar-pelajar yang dipapar di gambar sedang membuat sesuatu aktivi yang bagus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment